Saturday, 16 July 2011

Siapa kita adalah sejauh mana yang kita tahu..


29 Jun 2011 – Petikan Tazkirah Radio IKIM hari ini… RENUNGKANLAH SAHABAT-SAHABAT YG MULIA..

Suatu hari di dalam komuter…Suasana di dalamnya  pada ketika itu sangat tenang dan senyap. Penumpang-penumpang dilihat masing-masing asyik membaca majalah, surat khabar, menikmati pemandangan dan ada juga yang merehatkan badan dan asyik tidur bagaikan tidak mahu diganggu.

Di perhentian seterusnya, ada seorang bapa bersama 2 orang anaknya memasuki komuter. Si bapa mencari kerusi kosong dan perlahan-lahan melabuhkan dirinya. Matanya mengekori pergerakan si anak yang riang bermain dalam komuter tersebut. Suasana yang tadinya tenang dan senyap tiba-tiba bertukar menjadi bising dan riuh rendah dengan kelakuan si anak. Bagaikan tidak terkawal si anak melompat-lompat dan berlari-lari, kemudian memanjat tiang dan berlumba.. yang menang bersorak gembira, yang kalah pula menangis.. selepas itu, dikacau pula penumpang yang sedang membaca, ditamparnya surat khabar dan majalah yang dibaca..
Penumpang mula menjeling, timbul rasa marah dan benci dengan kelakuan si anak.. lebih marah apabila melihat si bapa tenang di kerusinya dengan mata tertutup dan tidak menghiraukan si anak. Seorang daripada penumpang tersebut bangun dan menghampiri si bapa. Melihatkan si bapa bagaikan sedang tidur, penumpang tadi menepuk peha si bapa perlahan-lahan. Si bapa yang rasa pehanya ditepuk, perlahan-lahan membukakan matanya dan memandang penumpang tadi..

..”encik, maafkan saya.. anak-anak encik sangat bising dan mengganggu kami dalam komuter ini..” tegur si penumpang tadi. Si bapa yang terdengar rungutan terus bangun dan matanya terus mencari si anak. Kemudian bila terpandang, dia perlahan-lahan melabuhkan semula dirinya di kerusi tadi, dan memandang sayu si anak.. kelopak matanya mula bergenang.. fikirannya nampak jauh sangat melayang.. si bapa menutup muka, sebak mula menguasainya dirinya…nafas seakan tersekat..
Penumpang tadi terkejut melihatkan reaksi si bapa… “encik, ada apa yang boleh saya tahu dan bantu encik..”, penumpang tadi cuba selami emosi si bapa.

“..anak-anak saya ni… terlalu rapat dengan ibunya. Makanpun bersuap.. tak pernah berenggang dengan ibu.. 2 hari yang lepas, isteri saya sakit, doktor kata perlu ditahan di hospital 2-3 hari. Di rumah anak-anak tak nak makan,  hari-hari tanya pasal ibu. Hari ini saya cakap saya nak bawa mereka pergi jumpa ibu dan bawa ibu balik.. anak-anak jadi seronok sangat, baru terbuka selera.. pagi-pagi lagi dah bangun bersiap.. tunggu depan kereta.. tak sabar katanya.. rindu pada ibu.. Nak keluar, kereta pula meragam. Terpaksa naik komuter.. semasa nak melangkah masuk ke komuter.. saya terima panggilan dari hospital.. doktor minta saya cepat datang ke hospital..  isteri saya baru meninggal dunia sebentar tadi…”

… si bapa kali ini menangis… “saya tak tahu macammana nak bagitahu anak-anak saya sekarang ni…”
Si penumpang yang tadinya penuh rasa marah, geram dan benci, bertukar perasaan menjadi sebak, sayu, kasihan dan simpati.. terutama bila memandang semula kepada anak-anak yang masih berlari-lari riang dan gelak ketawa…

..Hati, Fikiran, Perasaan, Jiwa, Amarah dan Tanggapan kita adalah terletak pada SEJAUH MANA KITA TAHU KEADAAN DAN SITUASI di sekeliling kita.. kerana itulah Islam itu cantik meletakkan sifat sabar dan pemaaf salah satu pintu-pintu syurga untuk dimasuki pada hambanya yang layak.. Kenali sahabat-sahabat kita, staf-staf kita dan orang disekeliling kita sebelum kita ‘menghukum’ mereka dengan tanggapan yang kerap kali bersifat negatif… WALLAH HU ALAM..

No comments:

Post a Comment